Suasana yang cantik dengan bunyi kicauan burung yang saling
bersahutan antara satu sama lain.Deruan air terjun yang mendamaikan dan angin
yang bertiup selembut sang bayu.Aku yang sedang asyik dengan lukisan tergamam
kerana dengan tiba-tiba seekor kuda jantan yang berwarna putih yang sangat
comel berjalan dengan megahnya dan berdiri betul-betul di hadapanku.Sedang aku
leka memerhatikannya kuda tersebut terus beredar.Aku tanpa membuang masa terus
mengekori kuda tersebut.Suasana di dalam hutan tersebut makin lama makin cantik
dan begitu mempersona.Tanpa aku sedari kuda tersebut berubah menjadi seorang
manusia yang sangat tampan.Tiba-tiba lelaki tersebut datang menghampiri aku
lantas memberi kucupan di dahi aku dan memberikanku sekuntum bunga sakura yang
sangat cantik.
‘Hoi cikgu dok ngaja ko boleh tido?’,kejut satu suara yang
sangat ku kenali
‘ish ko nie
kacau betul.aku baru je nak mimpi putera impian aku’,kataku sambil mata masih
terpejam.
‘wei cikgu
dok ngaja tu’,kata suara tu lagi.
‘argh peduli
apa aku.janji aku dapat teruskan mimpi nie.jangan la kacau.aku nak sambung
balik ni.ko nie nyebok je’,kataku lagi
‘ehh kamu
nak tau tak yang putera impian kamu ada kat dalam kelas nie.bukak la mata kalau
nak tengok’,sampuk satu suara.Haa yang ni macam pemes je suara ni.Lantas tanpa
membuang masa terus aku bukak mata.
‘Mana putera
impian aku tu?’,tanyaku yang masih lagi mamai.
‘Dira kamu
tau tak sekarang masa belajar bukannya masa kamu dok buat taik mata.berangan tak
abis-abis.orang belajar dia boleh buat taik mata kat belakang ni.Sekarang kamu
ke hadapan dan berdiri di luar kelas depan pintu.Sekarang!!!!’,arah cikgu
salima dengan tegas
‘oke-oke.saya nak pergi la ni.cikgu rilek la.x cun la dok
marah-marah ni.’,ujarku sambil tersenyum kambing.
‘Haa pergi
la cepat.dok tercegat watpe lagi?’,soal cikgu salima
‘yela nak
pergi la nie’,ujarku.Aish malu la pulak.abis satu kelas gamat dengan gelak
ketawa akibat aksi lucu aku.
Adoo lama lagi ke nak abis masa sejarah ni.Aku dah tak larat
nak berdiri da ni.boring punya pasal la ni sampai boleh tertido ni,hampeh betul
aku ni.Alamak-alamak apsal time-time ni la mamat pujaan aku ni muncul kat
daerah darurat ni.mana aku nak sorok muka aku yang cun ni.makin dekat da dia
kat daerah darurat aku ni.
‘hai.apsal
round-round kat sini?’soalku kepadany
‘Ehh tempat nie
ko punye ke?’soalnya kembali
Eleh
kereknye la mamat nie.Kang aku ngorat kang baru tau.Hahaha akal jahat betul aku
ni.
‘Saja la
saya tanye.Tak boleh ke?’soalku kembali.
Tiba-tiba
dia berlalu tanpa memberi jawapan kepada
soalan ku tadi.Tak apa la janji aku dapat jumpa dan bercakap dengan dia.Hai
nasib-nasib.
Rehat time.Hahaha.Pergh lapar gila aku.Teringat aku dekat
nasi lemak mak cik yang tak berapa nak kantin tu. ‘Wei korang nak makan apa
ni?lauk mengancam tu walau pun menu yang sama aje tiap-tiap ari.’ujarku separuh
berbisik kepada sahabat karibku iaitu Mira dan yati.
‘Ntah la
tapi aku rasa nak makan laksa lar.Nampak macam sedap aje tu.’ujar Mira
‘aku plak
rasa nak makan nasi lemak la.Mengancam tu.’ujar yati sambil tersenyum sumbing.
Alahai kengkawan aku ni.Pantang tengok lauk macam ni kang
mula la jadik biol. ‘Wei korang ni macam tak pernah jumpa lauk ni.Tiap-tiap
hari dok makan.’ujarku lagi
‘Mak cik
boleh kasi saya nasi lemak dengan ayam goreng satu,’sampuk satu suara dari
sebelah kiri
‘Oke
shah.Lagi kamu nak apa?’soal mak cik kantin tu lagi.
‘Opss lupa
plak saya.Air laici sekali ye mak cik.Macam biasa la jangan manis sangat.’ujar
suara tu lagi.
Hensemnya
mamat ni.macam mana la aku nak pikat dia ni.Hai makin lama makin hensem pulak.Dia
mandi bunga ke?.Hahaha tak terbayang aku kalau mamat ni mandi bunga.Mesti jambu
gila.Ehh jambu tu gila ke?
‘senyum
sendiri Nampak? Tak nak kongsi story ngan kita ke?’soal Mira lantas mematikan
lamunan ku.
Hee member
aku yang sorang nie tak boleh tengok aku
senang sikit kang ada aje yang nak menyampuk.Aku lesing karang baru tau.
‘Apa
story-story.Tak ada story tapi kang ada jugak orang yang balik naik lori sampah
kot.Ko ni Mira suka buat aku macam ni.Elok aje aku sihat sambil boleh buat
lepat liat tak pasal-pasal terbaring kat icu sebab serangan jantung.’ujarku
separuh malu lantas kaki bergerak mencari meja kosong setelah makanan yang di
inginkan sudah dapat.Time-time rehat macam ni memang susah nak cari meja
kosong.Hai nasib-nasib.
Suasana villa salju begitu
mendamaikan.Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa begitu menyejukkan suasana
pagi ni.Nikmatnya kuasa tuhan.Bunyi kicauan burung sentiasa mengharmonikan
suasana.
‘Dira mana
papa?’soal abang sulung ku iaitu Tengku shafiq.
‘Adik kamu
kalau tak di bangunkan memang lambat la bangunnya.Lagi pun sekarang hujung
minggu jadi masa dia memang banyak di habiskan kat dalam bilik dia la.’ujar
mama bagi menjawab soalan abang tadi.
‘Helo-helo
apa ni pagi-pagi lagi da kecoh pasal adik.Rindu kat adik la tu.’ujarku lantas
mengambil tempat sebelah abang sulungku.
‘Ehh tak ada
makna nak rindu-rindu erk.Ni da mandi belum? Semalam cakap nak ajak abang
dengan angah keluar.Tak jadik erk adik?’ soal abang sambil mengambil roti yang
siap di sapu jem oleh mama.
‘Ehh mesti
la jadik.Angah mana? Takkan tak bangun lagi kot?’ soal ku kepada abang sambil
mengunyah roti yang di sapu jem kegemaran aku.
‘Angah
pagi-pagi lagi da keluar jogging.kang sampai la tu.’ujar mama sambil menuang
kopi panas ke dalam cawan papa.
‘Assalamualaikum.’laung
satu suara lantas menutup pintu.
‘Haa panjang
pun umur ko angah.Ni adik kesayangan ko ni dari tadi dok Tanya ko.’ujar abang
setelah angah join bersama di meja makan.
‘Eleh jelez
la tu.’ujarku lagi
‘Tak ada
masa nak jelez.da la manja.’usik abang lagi sambil merampas roti dan air susu
aku dan terus makan dan minum tanpa mempedulikan ku.
‘Mama tengok
abang ni.suka kacau adik.’ujarku separuh merajuk.
‘Hai
sudah-sudah nanti mama buat yang lain.Abang ni pun satu.Suka sangat kacau
adik.’ujar mama sambil tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
Suasana pagi masih lagi menyelubungi
Kuala Lumpur.Keadaan jalan raya masih lagi di tahap normal kerana sekarang
bukan masa berkerja.Kalau masa berkerja alamatnya memang
sesak la.
‘Abang ni
bawak kereta slow betul.Macam kura-kura.’ujarku sambil mata masih lagi
memandang keluar tingkap
‘Helo kereta
kesayangan mana boleh bawak laju-laju sangat.Kang bawak laju ada la budak tu
pening-pening.’balas abang balik sambil tersengih
‘Sudah-sudah.Korang
ni kalau di biarkan alamatnya tak sampai la destinasi impian adik ni.’celah
angah sambil membalas blackberry messager(Bbm).
‘Eleh yang
angah tu asyik dengan bbm dia aje.Ntah chating ngan awek mana pun tak tau
la.Hei angah kalau nak bawak balik calon kakak ipar mesti kene dengan citarasa
adik tau.Ingat tu.’ujarku sambil ketawa.
‘Hahaha.Ingat-ingat
pesan adik kesayangan ko tu angah.’ujar abang kepada angah iaitu Tengku Irwan.
‘Mesti
la.Jeles la tu kan adik kan?.’perli angah lagi.
‘Dah la
tu.kang lagi lambat kita sampai kot.’ujarku.
‘Oke big
bos.Dah nak sampai dah pown.’ujar abang.
‘Yeah,sampai
gak ke destinasi kegemaranku.Sunway pyramid.’ujarku penuh keceriaan.
‘Amboi macam
tak pernah datang kat sini.padahal tiap-tiap hujung minggu mesti datang.’ujar
angah seraya kami bertiga melangkah masuk ke dalam.
Hai payah betul kalau dah dapat abang hensem macam nie.Baru
masuk aje dah jadik perhatian ramai.Nasib baik aku pun cun.Genetik mama la
katakan.Ramainya manusia kat sini kalau time-time hujung minggu ni.Tiba-tiba
mata aku terpaku seketika di bahagian pintu masuk.Sebentuk muka yang begitu
familiar.Siapa lagi kalau bukan mamat idaman aku tu.Dia pun ada kat sini gak
ke.Hai jodoh-jodoh.Hahaha perasan betul aku ni.Haa Nampak macam nak lalu sini
aje ni.Abang ngan angah dok naik roller couster.Kesempatan untuk menegur ni.
‘Hai.watpe kat sini?.’soalku dengan
soalan bodoh.
‘Awak rasa
saya nak jual kuih ke kat tempat-tempat macam ni?.’soalnya kembali
‘Eleh kerek
plak awak ni kan?’balasku lagi
‘Dah awak tanya soalan macam tu.Datang sini
mesti la nak berhibur jap.’balasnya sambil terus berlalu pergi.
Hadoo macam
mana la aku boleh minat kat dia.Sabar aje la.Minat punye pasal.Hahaha.
No comments:
Post a Comment